Panduan Menjual Kereta Di Australia

Australia Explained - Selling your Car - Young Man Taking a Picture of His Car

Credit: XiXinXing/Getty Images

Peraturan menjual kereta di Australia berbeza bergantung kepada negeri yang didiami. Panduan ini membantu mengurangkan kesulitan yang sering dihadapi ketika menjual kenderaan anda.


Tajuk Utama
  • Terdapat tiga cara menjual kereta di Australia: secara peribadi antara penjual-pembeli, melalui pengedar kereta terpakai atau penglelongan.
  • Perkara yang harus dipertimbangkan sekira menjual secara peribadi termasuk harga jualan, kerosakan yang perlu diperbaiki dan di sesetengah negeri, pemeriksaan wajib bagi memastikan pematuhan keselamatan kenderaan ditepati.
  • Memenuhi syarat pendaftaran penukaran hak milik kenderaan adalah wajib.
Statistik rasmi mungkin tidak wujud namun anggaran industry penjualan kenderaan domestic menunjuk bahawa kini pasaran kereta terpakai dari segi jumlah bilangan adalah lebih kurang tiga kali ganda lebih besar berbanding pasaran kereta baru di negara ini.

Sebagai seorang yang bakal menjual kereta terpakai, anda mempunyai pasaran yang besar.

Namun, tahukah anda selok-belok menjual kereta anda?

Menurut Kathy Townsend, Pengarah Kawal Selia Penglibatan Fair Trade New South Wales, langkah pertama ialah menentukan kaedah manakah yang dipilih untuk menjual kereta anda.

Penerangan Australia - Panduan Menjual Kereta Anda - Kenderaan Untuk DiJual
Penerangan Australia - Panduan Menjual Kereta Anda - Kenderaan Untuk DiJual Credit: Alan Powdrill/Getty Images
“Sebagai penjual anda mungkin gagal memperolehi harga yang lebih tinggi dari apa yang diharapkan. Apa yang harus diingati ialah kos perkhidmatan syarikat kereta terpakai perlu diambil kira kerana mereka juga mahu meraih keuntungan dari penjualan kereta anda.

Sebaliknya, jika anda mengguna syarikat penglelongan kenderaan komisyen pelelong ialah antara 10% hingga 15% harga jualan."

Menjual kereta melalui pengedar kereta terpakai sering digunakan oleh mereka yang ingin menjual kenderaan klasik kerana segala urusan rasmi dikendalikan oleh syarikat kereta terpakai terbabit.


Cara lain termasuk menjual secara online seperti Facebook Market.

Tambah Kathy Townsend, penjual perlu bersedia dengan dokumen yang lengkap dan mengisi pelbagai borang.
Penerangan Australia - Menjual Kereta - berurusan melalui telefon
Wanita Cina membanding penyata akaun bank melalui telefon. Credit: Edwin Tan /Getty Images
“Setiap pembeli harus mengesahkan kenderaan yang ingin dibeli selaras dengan sijil pendaftaran kenderaan terbabit. Mereka juga akan mengesahkan butiran lain, termasuk nombor cesi kenderaan. Ini adalah antara langkah bagi membolehkan pembeli mengesahkan melalui Pendaftar Sekuriti Harta Benda Peribadi bahawa kereta yang ingin dibeli tidak mempunyai hutang tidak terbayar yang masih lagi dikenakan ke atas kenderaan terbabit."


Petua Menjual Secara Peribadi

Kara Faella ialah Pengurus Pemasaran Konsumer Syarikat Carsales. Beliau menekankan faktor utama yang memastikan kejayaan penjualan kereta anda.
  • Ketelusan mengenai sejarah, keadaan dan sebarang kerisakan kereta yang ingin dijual. "Apabila menyiarkan iklan adalah penting bagi anda berterus terang memberi gambaran yang tepat tentang keadaan kenderaan yang ingin dijual."
  • Menjawab pertanyaan bakal pembeli tanpa lengah: “Penjual disaran menjawab pertanyaan bakal pembeli tanpa lengah kerana ini mampu mempercepatkan penjualan."
  • Tawar-menawar dan penetapan harga: “Selidik dahulu sebelum menentukan harga kereta kerana ianya mempengaruhi sama ada kereta anda akan menarik minat pembeli atau tidak. Beri ruang untuk tawar menawar serta tentukan harga terendah yang anda sanggup terima."
Alex Forrest dari Persatuan RAC Royal Automobile Club di Western Australia pula menyarankan penjual memperbaiki kenderaan yang ingin dijual untuk mendapatkan harga yang lebih tinggi.
Anda seringkali melihatnya dalam iklan. Kereta yang ingin dijual telah menjalani servis penuh, tayar lama diganti baru dan sebagainya. Segalanya sebagai jaminan kepada bakal pembeli bahawa kenderaan yang ingin dibeli berada dalam keadaan sebaik mungkin.
Alex Forrest
“Lazimnya, menambah komponen opsional dan mengubahsuai kenderaan tidak semestinya menjamin penambahan nilai harga kereta anda."
Penerangan Australia - Panduan Menjual Kereta di Australia - seorang wanita memandu kereta
Penerangan Australia - Panduan Menjual Kereta di Australia - seorang wanita memandu kereta Credit: FG Trade/Getty Images
Satu aspek negatif ketika menjual kereta ialah ketidakselesaan menghadapi orang yang tidak dikenali mengunjungi rumah anda serta memandu-uji kereta yang ingin dijual.

Menurut Kara Faella, satu cara memastikan keselamatan diri ialah dengan kehadiran ahli keluarga lain ketika kunjungan bakal pembeli.

“Anda juga boleh menjemput bakal pembeli berjumpa di kawasan awam seperti medan letak kereta pusat membeli belah yang memastikan ramai pembeli-belah lain di sekeliling.

Anda juga boleh meminta untuk memegang kunci kereta bakal pembeli dan, jika boleh, lesen memandu sekiranya pembeli mahu memandu-uji kereta terlebih dahulu. Anda juga boleh menyertai pandu-uji sebagai penumpang."
Mekanik memperbaiki enjin
Penerangan Australia - Mekanik memperbaiki enjin Credit: Reza Estakhrian/Getty Images

Pra-penjualan dan keperluan selepas jualan

Sesetengah negeri memerlukan penjual kereta terpakai menghantar kereta untuk pemeriksaan sebelum kenderaan dibenarkan dijual.

Umpamanya di Victoria, anda perlu memperolehi sijil kelulusan pematuhan terlebih dahulu. Namun, keperluan ini tidak perlu sekiranya anda berada di Western Australia.

“Justeru, wujud pelbagai keperluan yang berbeza bergantung kepada negeri yang didiami,” kata Alex Mr Forrest.

Sebaik persetujuan penjualan kereta tercapai beberapa langkah perlu diambil:
  • Hubungi syarikat insuran dan perkhidmatan bantuan kecemasan anda
  • Pastikan akaun tol anda dikemaskini untuk dipindahkan kepada kereta baru anda, dan
  • Maklumkan pindaan hak milik kepada pejabat pendaftar kenderaan di negeri atau territori anda.
Di New South Wales, umpamanya, anda perlu memaklumkan penjualan kereta anda kepada agensi Service NSW.

Menurut Kathy Townsend, “Langkah ini amat penting dan perlu dilakukan secepat mungkin selepas penjualan bagi mengelak diri anda bertanggungjawab atas segala denda yang mungkin dikenakan akibat kecuaian pemilik baru kereta.”
Mekanik menyerah kunci kepada pelanggan
Mekanik menyerah kunci kepada pelanggan setelah selesai memperbaiki kenderaan Source: Moment RF / thianchai sitthikongsak/Getty Images
And remember that paperwork and requirements relating to change of ownership, vehicle transfer and disposal differ across the country.

“Check with what your local state requirements are. They will change from state to state. But in most cases, you will have to notify whoever is your motor vehicle registering authority. And that's a fairly common requirement. It's just that the authority who deals with vehicle registrations will vary state to state.”

Berjaya menjual kereta anda?

Tahniah! Berikut adalah panduan langkah seterusnya yang perlu diikuti mengikut kawasan yang didiami di Australia.

Share