Fakta Utama
- Sebilangan besar hartanah diiklankan dalam semua laman web utama.
- Agen hartanah dan tuan rumah perlukan butiran peribadi penyewa, justeru sediakan segala dokumen sebelum menghadiri temujanji.
- Lawati agen hartanah terlebih dahulu dan cuba dapatkan nasihat cara terbaik untuk menyewa rumah.
- Guna hubungan media social anda.
Persediaan mencari rumah sewa dalam pasaran yang melihat saingan hebat ibarat persediaan sesi temuduga kerja.
Demikian pendapat Greg Bader, Ketua Pegawai Eksekutif portal penyewaan terbesar di Australia, rent.com.au.
Beliau memahami cabaran yang dihadapi pendatang baru ke negara ini ketika mencari rumah sewa.
"Salah satu faktor terpenting ialah sejarah menyewa, justeru jika anda pendatang baru ke negara ini, pastinya anda tidak mempunyai sejarah atau rekod menyewa rumah."
Namun, jangan putus asa, anda hanya perlu memahami selok-belok menyewa rumah.
Portal Penyewaan Rumah Secara Online
Lazimnya, rumah di Australia disewa tanpa perkakas dan tempoh penyewaan adalah setahun yang seringkali boleh disambung tempohnya.
Sebilangan besar rumah sewa diiklankan di laman web seperti realestate.com.au, domain.com.au dan rent.com.au.
Maklumat seperti waktu pemeriksaan dan harga sewa rumah juga terkandung dalam setiap iklan yang dipaparkan.
Seringkali, waktu pemeriksaan berlansung antara 10 minit hingga 15 minit dan bilangan pengunjung lebih tinggi pada hujung minggu berbanding hari kerja.

Kewujudan rumah sewa kini hanya separuh berbanding dua tahun lalu. Source: iStockphoto / mikulas1/Getty Images/iStockphoto
Memohon Rumah Sewa
Kini di Australia terdapat lebih kurang 800-ribu agen hartanah namun proses permohonan rumah sewa tidak sekata.
Pihak agen menilai setiap dokumentasi pemohon, justeru anda disaran menyediakan segala dokumen penting terlebih dahulu.
Lazimnya, anda sekurang-kurangnya perlu memberi maklumat seperti berikut:
- 100 markah ID bergambar seperti pasport atau lesen memandu
- Bukti gaji
- Sejarah menyewa dan nombor telefon bekas tuan rumah
- Referi
Menurut Greg Bader, rahsia kejayaan menyewa rumah ialah mengenali dengan lebih dekat agen hartanah.
Petua utama saya ialah hubungi agen hartanah secara lansung. Ketahui pilihan utama agen terbabit menerima permohonan, sama ada melalui email, telefon atau pun secara online. Ini adalah satu cara untuk berjaya dipilih sebagai penyewa rumah.Greg Bader, CEO, rent.com.au.

Cuba hubungi agen hartanah untuk mendapat maklumat lanjut terlebih dahulu sebelum membuat temujanji. Credit: andresr/Getty Images
Kaedah alternatif selain laman web
Bagi mereka yang tidak mempunyai Sejarah menyewa di negara ini, agen hartanah akan mengguna keadah lain untuk menilai permohonan anda.
Nick ialah seorang pekerja buruh dan pemilik perniagaan kecil dari Melbourne.
Ketika mencari rumah sewa, beliau menghantar surat pengenalan diri menerangkan situasi beliau kepada agen hartanah.
"Saya mengendali perniagaan sendiri. Ketika mencari rumah sewa, saya mengemukakan rekod pulangan cukai dan bukti gaji kepada agen hartanah."
Greg Bader menyarankan pemohon menghubungi agen hartanah secara lansung. Menurut beliau, ini adalah cara terbaik untuk berjaya dipilih sebagai penyewa rumah yang dipohon.

Bilangan rumah yang ditawarkan untuk disewa kini hanya separuh berbanding dua tahun lalu. Source: iStockphoto / chameleonseye/Getty Images/iStockphoto
Hartanah di laman media sosial
Bagi mereka yang memohon secara online, agen hartanah akan menyimpan maklumat peribadi anda untuk digunakan dalam permohonan lain.
Akibat kewujudan pelbagai aplikasi penyewaan yang bersaing di laman web, pemohon disaran memuat-naik butiran peribadi mereka ke semua portal penyewaan rumah yang sedia ada.
Jangan sesekali membuat janji persetujuan melalui telefon atau menghantar wang cagaran tanpa memeriksa rumah yang ingin disewa terlebih dahulu.
Wujud beberapa agen hartanah yang menyediakan perkhidmatan khusus untuk pendatang baru ke negara ini.Greg Bader, CEO, rent.com.au
Bijan Rahimi mengetuai bahagian penyewaan syarikat hartanah Love & Co Real Estate di utara Melbourne.
Menurut Rahimi, beliau mendekati masyarakat parsi setempat untuk memahami keperluan mereka dalam pencarian rumah sewa.
Pertubuhan bantuan masyarakat seperti Perkhidmatan Pendidikan Dewasa Pelbagai Kaum atau AMES turut membantu Rahimi mendekati golongan pendatang baru ke negara ini.
“Memahami latar belakang dan bahasa pertuturan bakal penyewa banyak membantu saya mengenalpasti keperluan mereka", kata Rahimi.
Sumber maklumat seperti portal rent.com.au menyediakan pelbagai maklumat termasuk petua membuat permohonan serta pembayaran ikatan perjanjian sewa atau rental bond yang perlu diketahui oleh bakal penyewa rumah.