Australia Menolak Suara Ke Parlimen

R2R PODCAST GFX ABORIGINAL FLAG TORRES STRAIT FLAG_RED.jpg

Bendera Kaum Orang Asli dan bendera Orang Kepulauan Selat Torres

Rakyat Australia telah menolak cadangan untuk menubuh Suara Kaum Orang Asli ke Parlimen dalam Perlembagaan Australia setelah majoriti pengundi di kesemua enam buah negeri dan wilayah Northern Territory memilih TIDAK sebagai undian mereka. Hanya Wilayah Persekutuan Australian Capital Territory, ACT, sahaja yang memilih YA.


Tajuk Utama
  • Pemungutan Suara Rakyat Menolak Cadangan Suara Kaum Orang Asli Ke Parlimen.
  • Kesemua enam buah negeri dan wilayah Northern Territory memilih TIDAK, hanya ACT memilih YA.
  • Perdana Menteri Anthony Albanese menggesa rakyat Australia bersatu padu.
Jelas sekali, sebilangan majoriti rakyat Australia menolak cadangan untuk memberi Suara Kaum Orang Asli Ke Parlimen.

Keputusan untuk menolak cadangan ini ekoran pemungutan suara rakyat yang pertama diadakan sejak 24 tahun lalu.

Perdana Menteri, Anthony Albanese, pasrah dengan keputusan yang dibuat oleh rakyat Australia.

Albanese menekan keputusan ini tidak akan membelah bahagi rakyat Australia.

Sebaliknya, beliau menggesa "rakyat bersatu padu mencari jalan lain untuk mencapai matlamat yang sama."
Rakyat Australia perlu bersatu padu untuk mencari jalan lain demi mencapai matlamat yang sama.
Perdana Menteri Anthony Albanese
Perdana Menteri Anthony Albanese .jpg
Perdana Menteri, Anthony Albanese, kecewa dengan keputusan Pemungutan Suara Rakyat yang menolak cadangan Suara Kaum Orang Asli Ke Parlimen pada Sabtu, 14 Oktober, 2023.
Keputusan TIDAK adalah yang terbaik untuk Australia
Ketua Parti Pembangkang, Peter Dutton
Peter Dutton berucap sejurus keputusan TIDAK dalam Pemungutan Suara Rakyat
Ketua Pembangkang, Peter Dutton, bersama Senator Jacinta Nampijinpa Price dalam sidang media di Brisbane, Sabtu 14 Oktober, 2023. Source: AAP / JONO SEARLE/AAPIMAGE
Kini sesetengah golongan masyarakat kaum orang asli bertekad untuk mengadakan “minggu membisu” sebagai bantahan terhadap penolakan Suara ke Parlimen, manakala penyokong YA yang lain pula kini mahu memikirkan langkah seterusnya yang perlu diambil.

Menteri Kaum Orang Asli Australia, Linda Burney, penyokong kuat undian YA yakin generasi pemimpin baru dari masyarakat kaum orang asli akan muncul ekoran penolakan Suara ke Parlimen kali ini.

Teruskan bersama rangkaian SBS Australia, termasuk siaran NITV untuk sudut pandangan kaum penduduk asal pertama negara ini bagi mendapat maklumat lanjut mengenai Pemungutan Suara Rakyat yang menolak Suara Kaum Orang Asli ke Parlimen.

Juga layari untuk mendapatkan rencana, video dan podcast dalam lebih 60 bahasa atau melalui penstriman berita terkini serta analisis, rencana dan hiburan menerusi .



 





Share